KEK BUAH (BAKAR)
Bahan A
250g butter (saya guna Anchor)
150g gula kastor
4 biji telur B
1 st esen vanila
250g tepung gandum
1st baking powder
50 ml susu segar
Ayak bahan2 yg bertanda
Bahan B:
300 gm buah-buahan campuran
50 gm tepung gandum
Kedua-dua jenis bahan ini digaul rata tujuannya supaya bila kita bakar kek, buah2 tidak jatuh berhimpun di bawah - ketepikan
Cara2nya:
1. Pukul butter dgn gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu hingga habis
3. Masukkan esen vanila dan masukkan bahan ayak berselang-seli dengan susu sehingga habis (peringkat ini, mix perlahan sahaja )
4. Matikan mixer
5. Masukkan bahan B - kacau perlahan-lahan menggunakan spatula sehingga rata
6. Panaskan oven dgn suhu 160 darjah celcius
7. Gris loyang dgn butter - alas baking paper
8. Masukkan adunan kek ke dalam loyang
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak
10. Sejukkan sebelum dipotong.
Kredit : fauzi karim